Khamis, 12 April 2012

Bahasa Melayu Tahun 4 Penjodoh Bilangan.


Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Ramli membeli ....................... jala sebagai hadiah kepada ayahnya.
    1.   sepasang
    2.   serawan
    3.   sebentuk
    4.   sekawan
  2. Pada lengan baju Adura terdapat dua ............... cat merah.
    1.   ruas
    2.   tompok
    3.   bentuk
    4.   untai
  3. Mak Minah membeli dua ..................... alas meja plastik.
    1.   kajang
    2.   ruas
    3.   lembar
    4.   bidang
  4. Pasukan keselamatan menemui empat ..................... senapang di dalam gua di kaki bukit itu.
    1.   das
    2.   bentuk
    3.   laras
    4.   puntung
  5. Khairul asyik melihat se................... semut itu berjalan meniti ranting pokok itu.
    1.   butir
    2.   kawan
    3.   kelompok
    4.   deret
  6. Najib membuat tabung daripada dua .................. buluh.
    1.   ruas
    2.   gelung
    3.   tongkol
    4.   deret
  7. Pak Ali menjual se................ nasi lemak dengan harga RM 1.20.
    1.   lapis
    2.   bungkus
    3.   naskah
    4.   gulung
  8. Siti mengambil se.............. benang hitam untuk menjahit butang bajunya.
    1.   rawan
    2.   laras
    3.   lembar
    4.   ruas
  9. Ah Meng membeli sepuluh ............... telur puyuh untuk emaknya.
    1.   buku
    2.   blok
    3.   bentuk
    4.   butir
  10. Se................... gajah liar telah merosakkan ladang kelapa sawit di kampung itu.
    1.   kawan
    2.   deret
    3.   kelompok
    4.   kandang
  11. Aktiviti satu ..................... penyeludup di sempadan Malaysia dengan Thailand ditumpaskan oleh polis.
    1.   rawan
    2.   kawan
    3.   kelompok
    4.   gerombolan
  12. Harga se.................. sayur kankung di kedai itu ialah RM 1.00.
    1.   gugus
    2.   cekak
    3.   gemal
    4.   cebis
  13. Dua ..................... pokok kelapa tumbang dekat rumah Jais dalam ribut malam tadi.
    1.   pohon
    2.   lembar
    3.   blok
    4.   tongkol
  14. Minggu lalu kampung saya dilawati oleh dua ................... pelancong dari Jepun.
    1.   kawan
    2.   pasukan
    3.   kelompok
    4.   kumpulan
  15. Pak Nik turun ke laut dengan membawa dua .................. pukat.
    1.   rawan
    2.   untai
    3.   kawan
    4.   lembar
  16. Kebakaran di bandar itu dipadamkan oleh se.................... ahli bomba.
    1.   kawan
    2.   pasukan
    3.   kelompok
    4.   kandang
  17. Tiga ................... rumah kedai musnah dalam kebakaran semalam.
    1.   pintu
    2.   bentuk
    3.   blok
    4.   deret
  18. Fairuz memberi se...................... cincin berlian ketika melamar Juita.
    1.   buku
    2.   butir
    3.   bentuk
    4.   gelung
  19. Puan Chee membubuh lima ..................... cendawan ke dalam sup itu.
    1.   rangkai
    2.   untai
    3.   gemal
    4.   gelung
  20. Akibat se..................... nila rosak susu sebelanga.
    1.   titis
    2.   titik
    3.   tompok
    4.   kepal

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Kata Nama

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Kata Nama

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Tugas ________________ ialah memadamkan api.
    1.   polis
    2.   ahli bomba
    3.   askar
    4.   guru
  2. Membaca ___________ dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
    1.   basikal
    2.   cawan
    3.   buku
    4.   radio
  3. Kereta ___________________ berwarna biru itu sangat cantik.
    1.   Proton Waja
    2.   Shah Alam
    3.   Menara Kuala Lumpur
    4.   Masjid Negara
  4. Keadaan di _______________ sangat bising.
    1.   perpustakaan
    2.   sekolah
    3.   masjid
    4.   pasar malam
  5. Ramai ___________ suka berkunjung ke Malaysia.
    1.   pesakit
    2.   penjaja
    3.   pelancong
    4.   petani
  6. Pada waktu malam, banyak ______________ di langit.
    1.   bintang
    2.   matahari
    3.   bulan
    4.   air
  7. Ali dan Chee Leong sedang bermain ____________.
    1.   rumah
    2.   klinik
    3.   badminton
    4.   sekolah
  8. Kami menaiki ______________ ke Kuala Lumpur.
    1.   bas
    2.   hospital
    3.   sekolah
    4.   masjid
  9. Saya dan kakak bercuti di ____________.
    1.   Sekolah Kebangsaan Junjun.
    2.   Genting Highland
    3.   bas
    4.   klinik
  10. __________________ adalah guru saya.
    1.   Puan Fong
    2.   kereta
    3.   hospital
    4.   badminton
  11. Saya mengayuh ______________ ke sekolah.
    1.   basikal
    2.   klinik
    3.   masjid
    4.   Ali
  12. Abang bekerja sebagai ____________.
    1.   hospital
    2.   bas
    3.   doktor
    4.   sekolah
  13. Ali menanam _____________ di belakang rumah.
    1.   bunga
    2.   sekolah
    3.   masjid
    4.   kereta
  14. __________ Ali sudah dirobohkan.
    1.   sekolah
    2.   kereta
    3.   bas
    4.   Rumah
  15. Abang sedang tidur di ___________.
    1.   badminton
    2.   komputer
    3.   bilik tidur
    4.   Ahmad
  16. Ali sedang bermain bola di ____________.
    1.   padang
    2.   badminton
    3.   masjid
    4.   komputer
  17. __________sedang mandi di bilik mandi..
    1.   Ah Ling
    2.   rumah
    3.   sekolah
    4.   bas
  18. Ah Chong mengirim surat di ______________.
    1.   bas
    2.   pejabat pos
    3.   kereta
    4.   padang
  19. Bapa adalah seorang ____________.
    1.   bas
    2.   kereta
    3.   ahli bomba
    4.   sekolah
  20. Ali pergi jumpa doktor di __________.
    1.   sekolah
    2.   masjid
    3.   kereta
    4.   Klinik